Jangan kacau, aku straight! – Luqman Faiz bengang diburu kaum sejenis

 Aku straight!”

Demikian luah penyanyi Luqman Faiz selepas dia sering diganggu oleh kaum sejenis yang menghantar mesej nakal kepadanya.

Menurut Luqman atau nama lengkapnya Luqman Abdul Halim Faiz, 24, foto serta videonya yang sedang bersenam di pusat gimnasium sering dikongsikan golongan songsang dalam media sosial.

Aku tak halalkan gambar dan video aku di gim yang kalian kongsi di media sosial.

“Kalian boleh bersama komuniti kalian. Mengurat sesama sendiri. Tetapi aku tak akan menjadi sebahagian daripadanya.

“Tolonglah jangan kacau aku. Ada yang DM (direct message) gambar yang entah apa-apa. Aku straight. Mak aku lahirkan aku elok,” katanya dalam sebuah video.

Sementara itu dalam aplikasi X pelantun lagu Kepuraanmu itu berkongsi tangkap layar mesej perbualan bersama netizen yang berani mati meminta alat sulitnya.

Terdahulu terdapat satu akaun dalam aplikasi X yang berkongsi semula video Luqman sewaktu bersenam.

Video tersebut telah meraih perhatian netizen kerana dikatakan menampakkan bonjolan pada bahagian alat sulitnya.

Gara-gara video tersebut juga, Luqman telah menerima pelbagai komen berunsur lucah daripada netizen. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok