Liza Aziz, Ning Baizura, Inka Christie berentap di GV11

IDENTITI peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) akhirnya diketahui apabila penyanyi Ning Baizura, Ronnie Hussein, Reshmonu dan Liza Aziz diumumkan menyertai rancangan televisyen popular itu.

Empat penyanyi luar negara dari Indonesia dan Singapura ditampilkan kali ini iaitu kumpulan The Lima, vokalis Dadali Dyrga, Inka Christie dan Yazid Lovehunters.

Sementara itu penyanyi lain yang turut terlibat ialah Illa Sabry, Sheila Abdull, Fairuz Selamat, Arrora Salwa, Zehra Zambri dan Nai Dinamik.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad, GV11 kembali kepada format asal iaitu penyanyi yang sudah lama tidak membuat kemunculan semula dalam industri.

“Sebelum ini kita telah menggabungkan penyanyi yang masih aktif dalam industri tetapi reaksi peminat pula berbeza.

Mereka mahu Gegar Vaganza kembali kepada format asal iaitu menampilkan penyanyi yang mempunyai lagu one hit wonder. Jadi disebabkan itu kita kembali kepada format asal,” katanya yang ditemui dalam majlis sidang media Gegar Vaganza hari ini.

Gandingan pelakon dan pelawak Nabil Ahmad dan Jihan Muse kekal sebagai pengacara sementara Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat serta Hetty Koes Endang bertindak selaku juri.

GV11 yang bersiaran di saluran Astro Ria dijadualkan berlangsung pada 24 November depan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok