M. Nasir tabur duit raya, Fazura kena cuit

NAMPAKNYA ramai penonton yang mengikuti Konsert M N45IR Cipta 2 minggu lalu masih belum ‘move on’.

Penghibur yang digelar Sifu, Datuk M. Nasir memang membuatkan khalayak tidak senang duduk menikmati alunan vokal serta persembahan mantapnya.

Bahagian penutup konsert yang menyaksikan sebanyak RM 10,000 duit raya ditabur dari bumbung Axiata Arena Bukit Jalil adalah momen ikonik.

Tetapi gara-gara kejutan tersebut, ramai netizen ‘mencuit’ pelakon Nur Fazura yang pernah menyebut tidak pernah merasa duit raya bekas suaminya.

Dalam ruangan komen video konsert yang dikongsi dalam media sosial, ada individu menyeru aktres dan penyanyi terbabit datang ambil.

Tak baik begitu, memang tiada kaitan pun momen terbabit dengan perceraian pasangan berkenaan.

MIZZ LAHAR: Sedih dengan perceraian Datuk Fazley.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok