Selamat tinggal dunia K-Drama

RAMAI pelakon bercita-cita mahu kekal relevan dalam industri hiburan sehingga tidak henti-henti mengaut tawaran lakonan.

Ketika sebahagian besar penggiat seni berusaha mengekalkan kerjaya, terdapat segelintir pula yang ‘hilang’ daripada radar secara tiba-tiba.

Menerusi semakan, situasi tersebut disebabkan mereka terpalit skandal selain berdepan isu peribadi.

Kali ini, Daebak merangkumkan kisah empat pelakon Korea Selatan yang berkemungkinan tidak akan muncul lagi di skrin televisyen.

Kang Ji-hwan

PELAKON Kang Ji-hwan ditahan atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap dua wanita pada tahun 2019.

Dilaporkan bahawa aktor berusia 47 tahun itu mengambil minuman keras bersama dua pekerja rumahnya.

Kemudian, dia merogol salah seorang wanita itu ketika sedang tidur dan melakukan gangguan seksual terhadap wanita lain.

Meskipun pada mulanya menafikan perkara tersebut, tidak lama kemudian pelakon drama Monster itu mengaku bersalah atas semua pertuduhan.

Disebabkan skandal itu, bukan sahaja imej Ji-hwan hancur malah kontraknya dengan syarikat pengurusan juga ditamatkan.

Seo Min-jung

AKTRES Seo Min-jung cukup popular semasa menjadi pelakon dan peranan yang paling terkenal adalah dalam drama

Bagaimanapun, dia mengejutkan ramai apabila memutuskan untuk bersara pada 2007.

Difahamkan, dia telah berkahwin dengan seorang doktor gigi dan berpindah ke New York, Amerika Syarikat untuk memulakan kehidupan baharu.   

Sejak itu, dia tidak pernah terlibat dalam mana-mana projek lakonan.

Lee Seo-won

PADA 2018, pelakon Lee Seo-won didedahkan bukan sahaja melakukan gangguan seksual terhadap seorang selebriti wanita, bahkan mengugut rakan sekerja perempuan dengan pisau dalam keadaan mabuk.

Tidak lama kemudian, dia mengaku bersalah atas jenayah tersebut dan semenjak itu imejnya sebagai pelakon merudum.

Dia kini dipandang negatif masyarakat Korea dan hidup sebagai orang kebanyakan.

Lee Tae-im

SEKITAR 2018, pelakon Lim Tae-im memutuskan untuk meninggalkan industri hiburan secara tiba-tiba.

Dia akhirnya mengeluarkan profilnya dari laman web portal dan memberikan mesej terakhir kepada peminat dalam media sosial.

Agensi Tae-im juga terkejut dengan berita tersebut kerana dia tidak memaklumkan mengenai persaraannya.

Kini sudah lebih enam tahun pelakon berusia 38 tahun itu menghilang dari industri hiburan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok