SEMINGGU selepas perceraian Fattah Amin dan aktres jelita Nur Fazura, nama dua artis terbabit terus hangat diperkatakan.
Ramai rakan artis menzahirkan pandangan masing-masing tidak mengira sama ada secara terus atau lelucon sinis.
Apa yang jelas setiap daripada mereka mempunyai ideologi dan pola fikir berbeza.
Begitu juga dengan peminat yang mengharapkan agar kedua-dua mereka bahagia dengan pilihan masing-masing. Namun, ada juga yang cekal mendoakan semoga ada sinar untuk Fattah dan Fazura berbaik semula.
Dalam pada menginginkan yang terbaik buat mereka, peminat turut berteka-teki tentang kesudahan Zikir Fattah yang ada dalam aplikasi Mukmin Pro yakni milik Fazura.
Mereka saling bertanya, apakah zikir itu akan terus di situ atau sebaliknya. Persoalan tentang pembahagian harta sepencarian antara bekas suami isteri itu turut dipersoalkan peminat kerana jelas Fazura memiliki banyak cabang perniagaan.
Biarpun semua jenama itu berlandaskan nama Fazura, namun Fattah tetap turun padang dalam mempromosikan produk mereka sebelum ini.
Selepas pelancaran lagu baharu bertajuk Bertahan Demi Cinta, nampaknya kisah perceraian ‘Fattzura’ mungkin akan terus berlanjutan ke episod seterusnya.
Diva: Tumpang bangga filem La Luna berjaya bertanding di anugerah Oscar tahun depan.