PENDEDAHAN yang dilakukan pelakon Nur Fazura mengenai salah satu punca perceraian adalah kerana bekas suaminya, Fattah Amin berlaku curang dan tidak memberi nafkah membuatkan media sosial hari ini dibanjiri dengan kata-kata semangat buat dirinya.
Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut melahirkan rasa kecewa selepas mengetahuinya kerana tidak menyangka Fattah, 35, sanggup bermain kayu tiga meski sudah mempunyai seorang anak.
Sebelum ini kasihan dengan Fattah tetapi selepas dengar pendedahan Fazura, hancur hati.
“Fazura dan Fattah kata mereka ada bukti. Sambung lagi naik mahkamah ke?
Dia menangis sebab sudah terlalu kecewa dan lama pendam. Kami pula kasihan dan sebak lihat Fazura,” komen netizen.
Dalam pada itu, terdapat juga netizen mempersoal tindakan Fazura membuka aib bekas suaminya meskipun Fattah memberitahu mereka sudah menandatangani dokumen perjanjian supaya tidak mendedahkan sebarang perkara sebelum ini.
Hari ini, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari sekitar pukul 9.45 pagi tadi.
Dedah Fazura yang mengakui bersedih biarpun perpisahan tersebut adalah kehendaknya, pintu hati sudah tertutup selepas Fattah curang, tidak memberi nafkah serta tiada persembahan antara mereka.
Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4. – HIBGLAM