97
Kecewa tidak pernah ditanya mengenai tip mahupun rahsia kecantikannya, pelakon Shin Hye-sun mengakui berasa rendah diri .
Malah, wanita berusia 35 tahun itu pernah hilang keyakinan untuk bertemu orang ramai kerana berasakan dirinya tidak cantik di mata khalayak.
“Selama menjadi selebriti, saya tidak pernah ditanya soalan tentang visual. Macam awak tahu, pertanyaan itu biasanya diajukan kepada orang cantik dan apabila tidak ditanya kepada saya, maknanya saya tidak cukup menawan.
Saya pernah rasa rendah diri dan tidak yakin untuk keluar ditempat ramai orang tetapi apabila difikirkan semula, saya cuba bertenang dan menganggap wajah saya baik-baik sahaja. Saya tahu saya cantik,” ujarnya sambil ketawa dalam satu rancangan temu bual.