Gara-gara memberi Anugerah Sepanjang Hayat kepada mendiang pelakon Lee Sun-kyun, penganjur Festival Filem Antarabangsa Busan teruk dikecam pemain industri dan netizen.
Ramai menganggap aktor berusia 48 tahun itu tidak layak menerima sebarang anugerah memandangkan mendiang ada rekod buruk ketika hayatnya.
Ini kerana Sung-kyun pernah terbabit dengan beberapa kes penyalahgunaan dadah sebelum ditemukan tidak bernyawa.
Hanya sebab Sun-kyun sudah tiada bukan bermaksud dia layak menerima penghormatan itu. Dia bukannya pelakon yang baik malah suka melanggan pelacur.
“Itu belum sentuh kes penyalahgunaan dadah dan rasanya tidak perlu beri penghormatan tertinggi itu,” komen seorang pengguna media sosial.
Untuk rekod, bintang filem The Advocated itu meninggal dunia pada 27 Disember tahun lalu.