Nyanyian Adira ‘merinding’

KEHEBATAN Adira Suhaimi sebagai penyanyi memang tidak perlu dipertikaikan lagi dan boleh dikatakan, semua boleh ‘ditapaunya’ dengan cemerlang.

Terbaharu, dia sekali lagi berjaya memukau ramai apabila memuat naik video menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu milik Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam media sosial baru-baru ini.

Hanya duduk dan ditemani alunan muzik, Adira berjaya mendendangkan runut bunyi drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu dengan vokal yang cemerlang.

Perkara tersebut turut diakui netizen dan ada yang berasa sebak dan mengalirkan air mata sepanjang mendengar nyanyiannya.

Sedapnya Adira nyanyi, tak sedar air mata mengalir sepanjang mendengar dia menyanyi,” demikian antara komen pengikut Instagramnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok