499
KALAU tidak ekstravaganza dan pelik, bukan Aina Abdul namanya.
Meskipun sering menjadi mangsa kecaman netizen, realitinya fesyen Aina antara paling dinanti-nanti ramai dalam mana-mana acara hiburan tanah air.
Kini, namanya kembali menjadi buah mulut apabila ramai mula menebak konsep dan jenis busana yang akan digayakan pada Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) 11 Oktober depan.
Macam-macam idea yang dicetuskan oleh netizen antaranya baju berkonsepkan kerusi, bantal, lilin, jam dinding dan piano!
“Lucu betul baju jam dan bantal itu tetapi kalau untuk Aina, semuanya tak mustahil.
“Tahun lepas dia datang naik lori, tahun ini entah apa lagi gimik Aina.” seloroh netizen. – HIBGLAM