KALAU sudah namanya Fauziah Ahmad Daud, berilah apa sahaja watak pasti menjadi!
Terbaharu, Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy mengundang rasa benci netizen apabila menjadi ibu mentua kejam terhadap menantunya lakonan Siti Elizad.
Menengking, mencaci dan mengherdik isteri kepada anaknya, Ogy mencetuskan kemarahan ramai menerusi lakonan hebatnya dalam drama Mentua.
Lebih teruk, netizen melabel Ogy sebagai mentua dari neraka apabila menjiwai watak Azizah.
Ya Allah sumpah rasa stres tengok perangai ibu mentua macam ini. Darah membuak-buak tonton drama Mentua.
“Jadi menantu yang dapat ibu mentua macam Ogy memang kena banyak sabar. Mantap betul lakonan Ogy dan Siti Elizad.
“Aku kalau dapat mentua macam ini, memang tak lama hayat dia,” seloroh netizen.
Mentua kini hangat ditayangkan menerusi slot Lestary TV3 setiap Khamis hingga Sabtu pada pukul 9 malam.