Hebat! Vila Jung Hae-in paling mahal

PELAKON Jung Hae-in didakwa mampu meraih keuntungan berganda apabila membeli sebuah vila sekitar enam tahun lalu.

Pada September 2018, Hae-in membeli vila di Hyosung Villa iaitu sebuah kompleks di kawasan mewah Cheongdam-dong, Gangam dengan harga 4.4 bilion won (RM14.3 juta).

Difahamkan, vila berusia 40 tahun tersebut mempunyai keluasan tanah seluas 2,543 kaki persegi dan jumlah luas lantai 2,590 kaki persegi yang bernilai tinggi.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa kadar hartanah serupa di kawasan terbabit telah menyaksikan peningkatan nilai yang ketara.

Seorang pakar hartanah mengulas bahawa vila Hae-in berpotensi mencecah harga sekitar 1 bilion won per pyeong (1 pyeong bersamaan 36 kaki per segi) – menganggarkan keuntungan minimum lebih dari 2.8 bilion won (RM9.1 juta) dalam tempoh enam tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok