Hanya kerana tangan menggeletar ketika sedang menikmati ramen bersama rakan baik, pelakon Jeon Jong-seo dituduh ‘lalok’ mengambil barang terlarang.
Menerusi satu perkongsian video, aktres berusia 30 tahun itu dilihat sedang menikmati hidangan itu namun riak wajahnya pula dikatakan seperti gelisah dan jelas terlihat tangan terketar-ketar.
“Maaf kenapa macam ada sesuatu tentang matanya dan kelihatan tak normal. Dia macam tengah ambil dadah, kalau tak kenapa gigil macam ni,” komen netizen itu.
Bukan ingin menuduh tetapi ini bukan kelakuan normalnya, macam tengah berada di bawah pengaruh dadah sahaja, tangan menggeletar bukan main,” demikian komen netizen itu.
Perkara tersebut terus tular namun sehingga kini, masih belum ada sebarang respons balas daripada pelakon terbabit.