4 selebriti Korea Selatan tidak percaya Tuhan

BANYAK udang banyak garam, banyak orang banyak ragam, demikian perumpamaan tepat untuk menggambarkan setiap individu mempunyai karakter, perangai dan pegangan hidup masing-masing.

Perkara itu dapat dilihat dalam soal pegangan agama segelintir selebriti Korea Selatan yang mengakui tidak mempercayai kewujudan tuhan dan mempunyai alasan tersendiri. 

Ada antara mereka tidak percaya tuhan tetapi tetap berdoa, ada pula memilih untuk hidup tanpa ada rasa kebergantungan kepada agama dan tuhan.

Kimchi Panas minggu ini menyenaraikan empat bintang terkenal Negara Kimchi yang tidak menganuti apa-apa agama.

RM

RM

KETUA kumpulan BTS, RM juga ada dalam senarai Kimchi Panas minggu ini.

Mana tidaknya, idola berusia 29 tahun itu secara terbuka mengakui dirinya tidak percaya dengan kewujudan tuhan dalam mana-mana agama.

Meskipun memilih untuk menjadi seorang ateis yang tidak menganut agama tertentu, jejaka tinggi lampai itu sentiasa menghormati pegangan ahli kumpulan lain yang majoritinya sangat taat dengan kepercayaan mereka. 

RM atau nama sebenarnya Kim Nam-joon juga ada memaklumkan dirinya mempercayai tuhan dan tidak memeluk mana-mana agama dalam lagu rap berjudul God Rap.

Wendy

WENDY

ANGGOTA kumpulan Red Velvet, Wendy pula secara terang-terangan mengakui dirinya tidak menganuti mana-mana agama.

Menurut idola berusia 30 tahun itu, mempunyai agama adalah pilihan serta tanggungjawab sepanjang hayat dan disebabkan itu dia enggan terikat atau berasa terkongkong kerana pegangan tertentu. 

Baginya, hidup adalah sebuah pilihan dan harus menjalaninya tanpa perlu wujud rasa terbeban dengan tuntutan  yang diwajibkan dalam agama.

“Saya mahu jadi insan bebas dan tidak terikat. Hidup hanya sekali, pilihlah mana yang memberi awak kebahagiaan,” katanya. 

Pun begitu, dia mengakui suka meraikan Hari Natal bersama keluarga tercinta meski bukanpenganut agama tersebut Kristian.

B.I

B.I.

ANGGOTA kumpulan iKON, B.I selesa hidup tanpa agama.

Pemilik nama sebenar Kim Han-bin, 27, itu difahamkan lahir dalam keluarga yang taat dengan ajaran Budha, namun perkara tersebut tidak mengubah pendiriannya yang yakin tuhan tidak wujud. 

Pun begitu, penyanyi tinggi lampai itu tetap berdoa meski tertanya-tanya adakah permintaannya itu didengari dan akan terkabul.  

“Saya tidak percaya kewujudan tuhan tetapi saya konsisten berdoa setiap hari dengan harapan mungkin ada yang mendengar,” dedahnya menerusi satu rancangan temu bual.

Lee Min-ho

LEE MIN-HO

SIAPA yang tidak mengenali aktor tampan Lee Min-hoo yang menjadi penggalas watak utama dalam deretan drama fenomena.

Terlihat sopan santun dan budiman, siapa sangka lelaki berusia 37 tahun itu tidak mempercayai kewujudan tuhan dan menganggap kepercayaan terhadap sesuatu agama itu mengarut,

Disebabkan pendirian itu, dia memilih untuk tidak memeluk mana-mana agama walaupun ibu dan bapanya beragama Buddha.

Perbezaan pegangan dan kepercayaan itu bagaimanapun tidak menghalang aktor berkaliber itu untuk bertoleransi dan  hidup aman damai bersama keluarga tersayang.  

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok