“Kita bila lagi.”
Demikian pertanyaan ringkas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid kepada pelakon Eyka Farhana seolah-olah memberi bayangan mengajak aktres itu mendirikan rumah tangga.
Pertanyaan tersebut diajukan selepas Eyka atau nama lengkapnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 29, memuat naik gambar mereka menghadiri perkahwinan sepupunya.
Tidak mendiamkan diri, pelakon drama Lelaki Melayu Terakhir itu membalas pertanyaan tersebut bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
Akan datang, insya-Allah. Love you b (sayang awak)!,” tulis Eyka.
Rata-rata peminat gembira dengan kenyataan tersebut dan tidak sabar menunggu hari bahagia mereka.
“Blushing (tersipu-sipu) sampai sini,” kata peminat.
“Semoga dipermudahkan, amin. Tak sabar,” ujar pengikut.
“Semoga dipermudahkan urusan kalian berdua,” tutur netizen.
Sebelum ini, Eyka mengakui masih belum mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman solonya bersama kekasih dalam masa terdekat.
Terdahulu, Eyka dilihat menutup status perhubungan dengan kekasih hati kepada umum, namun mula terbuka berkongsi kisah cinta bersama pemain bola sepak berusia 25 tahun itu sejak 2020. – KOSMO! ONLINE