DULU muka saya cengkung, rasa tak cantik. Sebab itu saya suntik agar lebih cantik”.
Demikian kata pelakon sensasi, Fatiya Latiff tentang perubahan bentuk wajahnya yang menjadi bualan ramai netizen.
Menurut Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 37, dia juga mahu memastikan wajahnya tidak dimamah usia.
Saya tak faham kenapa ramai cakap wajah saya dahulu lebih cantik. Padahal saya rasa saya nampak cengkung dan tak cantik.
“Lagipun umur saya semakin meningkat. Saya mahu kekal nampak muda dan berseri,” katanya ketika ditemui di sidang media Konsert Farmasi Sound Zation, semalam.
Tambah pelakon drama Ariana Rose itu lagi, rawatan suntikan wajah untuk kelihatan lebih cantik bukan lagi perkara asing pada zaman sekarang.
“Saya rasa kita kena ikut peredaran zaman. Dulu mungkin orang malu nak mengaku. Tapi sekarang ramai yang buat. Perkara ini dah menjadi normal.
Kalau rawatan suntikan boleh mencantikkan lagi wajah kita, kenapa tidak? Bagi saya tiada masalah.
“Yang penting lepas kita buat, kita rasa lebih yakin dan gembira untuk keluar rumah. Tak perlu nak bersolek sangat,” ujarnya.
Tanpa berselindung, Fatiya mendedahkan dia melakukan suntikan ‘filler’ dan botoks pada bahagian pipi, bibir, hidung dan matanya.
“Terkini saya baru buat rawatan ‘salmon skin treatment’. Di tempat saya buat rawatan itu saya lihat ramai sangat wanita yang datang. Maknanya, perkara ini sudah menjadi trend.
Rawatan-rawatan yang saya lakukan kebanyakannya ditaja. Ada juga yang tawarkan untuk menaja saya buat pembedahan bariatrik. Tetapi saya masih fikir lagi. Sebelum ini saya ambil ubat Ozempic untuk kurus.
“Saya tahu tubuh saya agak berisi. Saya perlu kuruskan badan supaya senang dapat tawaran berlakon seperti sewaktu saya kurus dahulu,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Fatiya bakal muncul dengan dua buah drama bersiri terbitan Erma Fatima berjudul Cinderella Jadian dan Jangan Tinggal Abang Dik (JTAD). – HIBGLAM