‘Gwiyomi’ versi bertudung Nora Danish bikin cair

SEJAK memakai hijab, memang tak berkesudahan Diva buat cerita tentang Nora Danish.

Iyalah, apa sahaja dilakukan Nora ketika ini pasti mendapat respons luar biasa daripada netizen yang tak berhenti memuji kecantikannya.

Baru-baru ini, Nora buat hal lagi tapi jangan risau, bukan perkara jahat pun tetapi hanya menari ‘gwiyomi’ yang pernah popular suatu ketika dulu.

Cantik dan comel, itu antara komen yang membanjiri video tersebut termasuk gurauan nakal lelaki yang tidak berhenti mencuba nasib untuk menjadi pasangan Nora.

Sakit perut Diva sebab tergelak baca komen-komen netizen dan paling terkejut apabila ada pula yang menyangka pada awalnya Nora ialah Ruhainies. 

Apa pun, video itu meraih hampir tujuh juta tontonan, memang lain macam betul impak Nora.

Agak-agaknya kalau Diva menari ‘gwiyomi’ akan cecah jumlah tontonan begitu atau tidak?

DIVA: Tak sabar nak tengok momen Che Ta merisik bakal menantu minggu depan. 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok