Peminat tiru sikap dermawan Young-woong

KAGUM dengan sikap pemurah idola kesayangan, peminat penyanyi Lim Young-woong sepakat menghulurkan derma kepada kanak-kanak kurang upaya bagi menampung perbelanjaan perubatan mereka.

Pengerusi Yayasan Kebajikan Miral (kanak-kanak), Hong Jeong-gil berkata, pihaknya telah menerima sumbangan kira-kira RM35,000 daripada peminat penyanyi berusia 33 tahun itu

“I’m Hero Supporters (nama kelab peminat) telah menderma RM35,000 kepada pihak kami bersempena ulang tahun kelapan Lim Young-woong debut sebagai penyanyi .

“Sumbangan itu akan digunakan untuk menampung perbelanjaan perubatan dua kanak-kanak kurang upaya melalui program sokongan yayasan kami.

“Kami amat menghargai pengaruh positif yang ditunjukkan oleh peminat Young-woong. Derma itu akan digunakan dengan cermat bagi meringankan beban anak-anak yang memerlukan,” katanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok