KETIKA awal pembabitan pelakon Anzalna Nasir pernah terkait dengan beberapa cerita panas seperti berbalah sesama rakan artis dan dituduh gedik.
Namun, seiring perjalanan waktu kehidupan ibu dua anak itu nyata sudah berubah terutama setelah dia mengenakan hijab sekitar tahun 2022.
Penampilan Anzalna sentiasa mencuri perhatian selain boleh dikategorikan sebagai ikon fesyen wanita berhijab.
Begitu juga apabila dia muncul pada acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur dengan mengenakan ‘long coat’ dengan padanan topi bucket ala boater berwarna hitam.
Rata-rata netizen memuji penampilan Anzalna yang kekal menjaga aurat dan kesopanan meskipun hadir ke acara fesyen sebegitu.
Pujian melambung diberikan oleh netizen sehingga ada bertanyakan tentang bagaimana perasaan suami iaitu Hanif Zaki apabila memiliki isteri secantik Anzalna.
Tidak kurang juga yang mengatakan Anzalna merupakan antara pelakon wanita tanah air yang memiliki kecantikan semula jadi dan bebas kontroversi. – HIBGLAM
Diva: Siapa pula artis yang dikatakan putus cinta dengan pasangan sejenis?