Comel! Ramai terhibur gelagat suami Sarah Suhairi

SEJAK mendirikan rumah tangga, nama Sarah Suhairi kerap menjadi bualan ramai dalam media sosial.

Tolak tepi cerita status duda, kini giliran suaminya, Aswad Anuar pula memiliki peminat sendiri apabila pasangan suami isteri itu tampil melancarkan single pertama mereka, With You serentak pada hari pernikahan minggu lalu

Gelagat Aswad menyanyi dan menari dalam video muzik With You membuatkan ramai terhibur kerana dikatakan nampak kekok serta malu-malu!

“Kelakar tengok Aswad menari tapi mesti dia buat demi isteri tercinta.

“Nampak macam Aswad bersungguh hafal lirik dan tarian tapi sedap juga suara!

“Aswad sudah boleh jadi kawan dengan suami Ain Edruce, Amirul. Masuk konten isteri menari tapi tetap kekok!” komen netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok