147
PENYANYI Seohyun mencuri perhatian ramai apabila sanggup berhabis demi memiliki piano jenama Steinway.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi kumpulan SNSD itu dalam Instagramnya dengan kapsyen: “Piano mahal pertama saya yang sangat berharga.
Menerusi hantaran tersebut, Seohyun menunjukkan piano yang harganya dianggarkan sekitar 200 juta won (RM675,000).
Difahamkan, pemilik nama lengkap Seo Ju-hyun itu tidak kisah berbelanja besar untuk mendapatkan instrumen berkenaan demi kecintaan mendalam terhadap muzik dan pernah memasang impian menjadi pemain piano profesional.