Saya failkan permohonan cerai sebulan lalu – Isteri Harith Iskander

ISTERI kepada pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr. Jezamine Lim didakwa sudah memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Meskipun dilihat berlaku secara tiba-tiba memandangkan sebelum ini rumah tangga pasangan itu dilihat aman, difahamkan kes mereka bakal disebut dalam masa terdekat.

Betul, saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan dibuat tetapi lebih kurang sebulan lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Jezamine enggan memberi sebarang komen berhubung isu rumah tangganya dengan Harith.

“tidak mahu beri sebarang komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, kelihatan ibu kepada tiga cahaya mata itu bergambar di hadapan dewan mahkamah mengenakan jubah dan bertudung sambil ditemani peguam syarie, Datuk Akberdien Abdul Kadir.

Usaha HibGlam menghubungi Harith bagi mendapatkan pengesahan belum berhasil apabila dia tidak memberikan maklum balas mengenai isu tersebut.

Selain itu, cubaan HibGlam menghubungi Akberdin bagi mendapatkan maklumat juga tidak berjaya apabila panggilan tidak berjawab.

Harith dan Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga anak iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11 dan Zydane Zayne yang kini berusia sembilan tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok