Tiada penyingkiran lagi, 6 bintang layak ke final THSS

Program The Hardest Show Singing Show (THSS) menyaksikan enam peserta ke pentas akhir yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada 14 Julai depan.

Pengumuman tiada penyingkiran sekali gus melayakkan enam penyanyi iaitu Aisha Retno, Aepul Roza, Ayda Jebat, Stacy, Putera Muhammad dan Zizi Kirana ke peringkat final.

Pada konsert separuh akhir, kedudukan teratas menjadi milik Aisha Retno selepas meraih markah tertinggi iaitu 90.74 peratus daripada tiga juri tetap.

Kemenangan pelantun lagu Sutera itu sekali gus dapat membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.

Tempat kedua konsert separuh akhir pula menjadi milik penyanyi Ayda Jebat dengan kutipan markah 89.80 peratus, manakala Zizie Kirana pula berada di kedudukan ketiga meraih 85.15 peratus.

Selain itu, Stacy berada di kedudukan keempat dengan markah 84.87 peratus, diikuti Putera Muhammad (77.98) dan Aepul Roza (72.20).

Sementara itu, Stacy berjaya memenangi anugerah Alha Alfa yang dipilih berdasarkan undian peminat berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.

Sebelum ini, De Fam, Kaka Azraff dan Datin Alyah merupakan peserta yang sudah meninggalkan pentas THSS.

Rancangan tersebut menyaksikan kesemua bintang diadili juri profesional terdiri daripada Edry Abdul Halim, Datuk Rossa dan Zizan Razak.

THSS dikendalikan dua pengacara iaitu Nabil Ahmad dan Rina Nosey. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok