TERKESAN dengan kenyataan dikeluarkan pelakon Ruhainies, pengarah Michael Ang tampil mendakwa aktres itu sengaja menyindir Bella Astillah dengan mengatakan tidak pandai berlakon menangis di hadapan kamera.
Michael, 48, berkata, situasi tersebut menunjukkan dunia industri tidak sebaik yang disangka sesetengah pihak kerana terlalu banyak ‘drama’ yang berlaku.
Dunia artis penuh kepura-puraan. Terimalah hakikatnya.
“Sebenarnya apa yang dia (Ruhainies) cakap itu cuma mahu perli Bella.
Dalam industri kita memang konsep perli-memerli. Dia cuma perli Bella sahaja dengan kenyataan itu,” katanya dalam sebuah video.
Bukan sahaja bengang dengan kenyataan Ruhainies, pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu turut melepaskan geram terhadap pelakon Aliff Aziz kerana dianggap tiada perasaan bersalah dengan semua yang berlaku.
Lelaki pula tersengih di sebelah. Makin menyampah pula dengan Aliff.
“Sebelum ini, aku tak menyampah sangat sebab biasalah jantan tidak pernah berubah,” selarnya.
Dalam masa sama, Michael turut menempelak Aliff yang pernah melemparkan kata-kata kesat terhadap pihak media dalam media sosial ketika kontroversinya ditangkap khalwat bersama Ruhainies menjadi bualan hangat Mac lalu.
Dalam media sosial cakap wartawan ‘b*b*’ tetapi jumpa depan-depan boleh berterima kasih pula (kepada media),” jelasnya.
Semalam, Ruhainies menyangkal dakwaan tidak sensitif hadir ke mahkamah dengan senyuman lebar sebaliknya mengakui sangat gembira bertemu pengamal media.
Mereka berdua hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium ibu negara pada 9 Mac lalu.
Bagaimanapun, kedua-dua pelakon terbabit mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.
Mahkamah seterusnya menetapkan tarikh 17 Oktober depan untuk prosiding seterusnya. – HIBGLAM