Hafidz, Shuhada tolonglah berhenti ‘meroyan’

 NAIK muak dan menyampah. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Nurul Shuhada dan Hafidz Roshdi kembali lancar perang.

Terkejut dan mengeluh panjang juga Diva baca pendedahan Shuhada tentang Hafidz tetapi itu semua sudah berlalu sebelum mereka bercerai.  

Sehingga hari ini Diva tertanya-tanya mengapa Shuhada tak dedahkan selepas dia dicederakan Hafidz sebelum ini, mengapa baru sekarang?

Kalau cakap tak ‘move on’ marah pula cuma memang tidak sesuai langsung hendak bergaduh ketika ini ditambah pula prosiding mahkamah pada 3 Julai depan.

Sepatutnya dedahkan semua di mahkamah, bukannya buka aib masing-masing dalam media sosial.

Kasihan dan malu anak-anak kalau baca cerita tentang ibu bapa mereka apabila dewasa kelak. Inilah dikatakan bergaduh ikut hati, tak fikir panjang.

Sudah-sudahlah ya. Hentikan perang yang tidak beri manfaat pun sebab hanya akan menyusahkan dan buang masa diri sendiri sahaja.

DIVA: Ramai persoal jenis kanser yang dihidapi Azharina. Semoga tabah menempuhi ujian!

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok