236
MENYAMBUT kelahiran anak sulungnya beberapa hari lalu, penyanyi Anda menyifatkan kehadiran si kecil itu sebagai pelengkap dalam hidupnya.
Ujar wanita berusia 33 tahun itu, dia bersyukur diberikan peluang untuk berasakan setiap detik indah mengandung dan melahirkan seorang cahaya mata.
Anak sulung saya lahir dengan berat 3.28 kilogram. Si comel yang saya kandungkan selama ini telah hadir dalam hidup saya dan suami untuk melengkapkan apa yang kurang.
“Selepas 15 jam menahan sakit untuk bersalin, kami akhirnya bertemu. Terima kasih banyak wahai anakku kerana hadir dalam rahim mama dan memberikan mama momen indah ini,” ujarnya dalam Instagram.
Pun begitu, penyanyi putih gebu itu tidak mendedahkan jantina mahupun nama anaknya. – HIBGLAM