TERKEJUT dan tidak percaya. Itu bahasa mudah untuk menggambarkan berita yang Diva dengar mengenai seorang artis yang dikatakan berkahwin secara diam-diam kerana sudah hamil.
Bimbang kandungan semakin membesar, artis itu dikatakan mengambil keputusan untuk ‘merehatkan’ diri sebentar daripada dunia hiburan dan media sosial.
Agak mengejutkan juga apabila dikhabarkan pasangan artis terbabit tidak bekerja dan sepenuhnya perihal rumah tangga ditanggung keluarga.
Mungkin kerana ‘sudah ada isi’, sebab itu perkahwinan mereka disegerakan dan tidak diuar-uarkan kepada umum.
Tidak hanya itu, kenalan terdekat artis juga masing-masing enggan membuka mulut dan memilih untuk tidak bercakap tentang kawan baik mereka kepada umum.
Difahamkan juga, artis itu sangat berhati-hati untuk keluar rumah dan hanya akan bertemu dengan individu tertentu sahaja.
Apa-apa pun didoakan yang terbaik buat mereka berdua dan berbahagia melayari bahtera perkahwinan dengan sebaiknya.
Diva: Tertarik dengan persembahan artis dalam The Hardest Singing Show yang rata-rata di luar kotak.