Muat naik foto wanita bogel, netizen saran Fatiya berubat

TIDAK serik dikecam, pelakon sensasi Fatiya Latif sekali lagi memuat naik foto seorang wanita tidak berbaju dalam sebuah bilik gelap selepas beberapa jam mendedahkan dirinya menderita szikofrenia.

Foto menerusi pantulan cermin tersebut menampakkan sisi bahagian belakang badan tanpa seurat benang.

Dalam hantaran tersebut, Fatiya atau Nur Fathia Abdul Latiff, 37 tidak meletakkan sebarang kapsyen dan hanya menggunakan lagu Fallin yang dipopularkan Inayah sebagai muzik latar.

Bagaimanapun, foto tersebut tidak dapat dikenalpasti sama ada Fatiya atau sebaliknya kerana keadaan suasana yang gelap.

Susulan itu, foto tersebut terus tular dan mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan tindakan pelakon tersebut.

“Sudah kenapa jadi macam ini ? Kasihan, berubatlah. Kesihatan mental semakin merosot ini.

“Adik-beradik dia tak kisah ke fasal dia?” antara komen netizen.

Sebelum ini, Fatiya mendedahkan dirinya menghidap szikofrenia.

Fatiya bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci tentang gangguan mental yang dihidapi namun menyatakan dia banyak membebankan ibunya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok