Alicia Amin tak gopoh soal cinta

TANPA berselindung, pemilik nama lengkap Raja Alicia Raja Amin jujur mengesahkan di hatinya kembang cinta terhadap seorang jejaka.

Biar sedang diulit bahagia, wanita yang mesra disapa Alicia enggan terlalu mencanang romansa dengan lelaki terbabit yang menurutnya, masih berada dalam fasa mengenali baik buruk hati budi.

Tidak mahu pisang berbuah dua kali, lulusan Universiti RMIT, Melbourne, Australia itu mahu menjalani kehidupan dengan apa seadanya tanpa terlalu tergesa-gesa membawa perhubungan ke fasa lebih serius iaitu perkahwinan.

Saya dah ‘move on’. Dia kawan lama. Sebenarnya kami dah lama kenal. Apa yang saya boleh beritahu, rasa seronok dengan kehidupan sekarang.

“Saya dan si dia pun tenang-tenang sahaja. Sedang kenal hati budi masing-masing dengan lebih mendalam. Perlahan-lahan,” katanya pelakon berusia 29 tahun itu kepada HibGlam.

Percintaan bintang filem Salina dengan lelaki itu mula dihidu peminat apabila dia berkongsi sebuah video mesra menerusi TikTok yang mendapat respons pelbagai daripada orang ramai.

BUKANLah bersara terus dari pentas peragaan, namun tumpuan Alicia kini terhadap lakonan.

Bila saya berada dengan dia, saya rasa macam masa sangat pendek. Video raya tempoh hari sempat viral di laman sosial dia.

“Doa sahaja agar perkenalan saya dengan si dia berjalan dengan baik. Tapi, saya tak nak gopoh-gopoh. Relaks sahaja sebab saya belajar daripada kesilapan lampau,” katanya lagi.

Ditebak tentang pertanyaan hubungan dengan bekas suami, Dr. Farzan Iqbal, Alicia berkata, mereka kekal berkawan walaupun sudah setahun bercerai.

“Kami masih berkawan. Macam saya cakap sebelum ini, kami mungkin lebih baik sebagai kawan sahaja.

Dia sudah ada hidup sendiri sebagai doktor estetik dan kerjaya seni saya juga semakin berkembang dari hari ke hari.

“Tiada dendam dan tidak bermusuh. Itu cara saya berdepan dengan realiti dan lagi saya berusia, lagi matang saya mendepani apa menanti di depan,” luahnya yang bakal muncul dengan filem berjudul Perisik. – HIBGLAM

Baca artikel penuh menerusi www.kosmo.com.my atau dapatkan akhbar Kosmo! secara fizikal di kedai-kedai berdekatan.
Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok