Emoji ‘love’, doa Syafiq, Mimi makbul?

KISAH kahwin tak jadi atau cinta yang tergantung sepi memang tak lari daripada Syafiq Kyle dan Mimi Lana.

Meskipun sudah umumkan tak jadi kahwin sejak tahun lalu, mereka tetap diasak dengan soalan berkaitan hal tersebut sehingga ke hari ini. 

Memang kuat betul jodoh mereka sebab sampai sekarang orang masih bertanya.

Menguatkan lagi perkara itu selepas Diva nampak Syafiq meninggalkan komen pada salah satu hantaran Instagram Mimi baru-baru ini.

TANGKAP layar Syafiq dan Mimi saling membalas emoji ‘love’ dalam Instagram baru-baru ini.

Tiada sebarang ayat dititipkan tetapi emoji bermata hati merah cukup untuk membuat ramai teruja.

Mimi pula turut membalas dengan emoji berbentuk hati merah jambu.

Mungkinkah doa Syafiq di Tanah Suci baru-baru ini dimakbulkan Tuhan? Kalau benar makbul, ramai yang tumpang gembira.

Diva harap ada berita gembira selepas ini ya!

DIVA: Ramai ternanti-nanti untuk lihat Syada Amzah hadir menziarah anak buah baharunya, Rhea Akira.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok