Lelah refleksi kisah cinta Aqeesh Aleeya

PERNAH kecundang dalam perhubungan, penyanyi baharu Aleeya meluahkan rasa hatinya menerusi single baharu berjudul Lelah yang kini mula menjadi siulan pendengar.

Kongsi Aleeya atau Siti Balqis Aleeya Shahrom, 20, yang menceburi arena hiburan sejak berusia sembilan tahun, lagu tersebut menyimpan 1,001 pengajaran berharga.

Lelah adalah tentang perasaan seseorang perempuan yang sudah penat atau pun lelah dengan hubungan bersama pasangannya.

“Kerap disakiti membuatkan jiwa wanita boleh menjadi rapuh seterusnya mampu menghancurkan hubungan,” katanya.

Bekas peserta program realiti, Bintang Kecil itu tidak mampu menyembunyikan perasaan teruja dengan penghasilan single keempat yang juga ciptaan komposer ternama, Sharon Paul dan Mim Hamzah.

Antara pengalaman berharga bekerja dengan Sharon adalah dia banyak memberikan ilmu baharu ketika merakamkan lagu ini.

“Ini merupakan kali kedua saya bekerjasama dengan komposer berpengalaman ini. Dia sangat baik dan senang untuk bekerjasama,” ujarnya.

LELAH turut tersenarai antara lagu tema drama rantaian Rindu Kasih 2 yang kini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis dalam slot Samarinda di TV3.

Aleeya juga tidak ketinggalan berkongsi cabaran merakamkan Lelah apabila mengalami demam dan selesema sepanjang proses rakaman.

Bahkan, untuk menghasilkan lagu itu memerlukan pengorbanan kerana dia terpaksa bergegas selepas kuliah dari kampus di Negeri Sembilan ke studio rakaman di Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut mengenai dendangan yang dihasilkan itu, katanya ini meliputi kelainan dari segi gabungan muzik moden dan klasikal.

Bagi saya, setiap single yang dihasilkan mempunyai kelebihan tersendiri,” katanya.

Lelah turut tersenarai antara lagu tema drama rantaian Rindu Kasih 2 yang kini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis dalam slot Samarinda di TV3.

Dalam pada itu, Aqeesh berharap agar lagu Lelah dapat diterima pendengar dengan hati terbuka dan menghayati perasaan yang cuba disampaikan.

Terdahulu, kualiti vokal dimiliki Aqeesh mendorong Nova Music untuk mengambilnya sebagai artis rakaman di bawah naungan syarikat rakaman tersebut.

Sebelum ini, Aqeesh pernah mengeluarkan tiga single yang berjudul Aku Malu (2017), Kau Ada (2022) dan Retak (2023). – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok