Doakan saya ‘selamat’ di kampung nanti – Muaz Zabir

TERPALIT kontroversi pernah menjalin hubungan dengan penyanyi Bella Astillah, pelakon Muaz Zabir memaklumkan ibunya  masih marah dan kecewa.

Meskipun sudah meminta maaf kepada syurganya itu, Muaz atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, 27, berkata akan berbuat demikian sekali lagi pada 1 Syawal nanti.

Sesi permohonan maaf kepada mak tercinta.

“Kena sambung nanti waktu raya sebab marah dia tak habis lagi,” katanya menerusi sebuah hantaran video dalam Instagram.

Dalam video tersebut, pelakon drama Iskandar Cempaka itu dilihat mengeluarkan sebuah televisyen daripada kotak dipercayai hadiah untuk ‘membeli jiwa’ ibunya.

Doakan saya selamat sepanjang berada di kampung nanti,” ujarnya.

Pun begitu, semakan HibGlam menerusi ruangan komen mendapati rata-rata netizen menyokong perbutannya ‘membantu’ Bella, sekali gus meberi pengajaran kepada suami wanita itu, Aliff Aziz.

“Tak mengapalah, minta maaf banyak-banyak dengan ibu. Saya sokong apa yang awak buat dengan Bella, kasi ajar sikit Alif yang tak sedar diri tu,” komen netizen itu.

Bagus pandai ambil hati ibu, dengan orang tua kita kena jelaskan baik-baik. Secara tak langsung awak dah bantu Bella tunjukkan yang kalau Alif boleh buat dia pun boleh buat,” demikian komen seorang lagi netizen.

Sebelum ini, nama Muaz menjadi sebutan apabila seorang pengguna TikTok memuat naik tangkap layar perbualan mesej dan foto mesra dia bersama Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30.

Muaz dan Bella didakwa menjalinkan hubungan sejak Oktober tahun lalu selepas sama-sama menjayakan penggambaran drama Leha Leya Lawa sebulan sebelumnya.

Bagaimanapun, Bella menjelaskan dia sekadar menggunakan model dan jurulatih kecergasan berusia 27 tahun itu utuk membuatkan suaminya cemburu.

Berikutan itu, Muaz yang pada awalnya menutup ruangan komen Instagran membuat permohonan maaf kepada keluarganya dan juga keluarga Bella. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok