367
Gara-gara suka mengunyah makanan sebanyak 150 kali sebelum menelan, penyanyi IU kini mengalami kerosakan gigi yang agak teruk.
Bukan sengaja berbuat demikian, idola berusia 31 tahun itu berkata, dia melakukan perkara itu disebabkan mengalami kesukaran menelan makanan.
“Apabila saya pergi berjumpa doktor gigi, saya diminta mengurangkan mengunyah makanan.
“Saya kira berapa kali saya kunyah dan biasanya sekitar 150 kali sebelum telan,” katanya dalam Instagram.
Wanita jelita itu memberitahu, tabiat mengunyah terlalu lama itu juga adalah caranya untuk menikmati makanan terutama hidangan kegemarannya iaitu Tangsuyuk atau khinzir masak masam manis.