Menjelikkan! 4 Bintang Korea Selatan diboikot

BUKAN mudah bergelar bintang terkenal apabila setiap gerak-geri mereka sering menjadi perhatian umum.

Ini secara tidak langsung membuatkan golongan itu lebih terdedah dengan kontroversi dan kisah panas yang yang akan menjejaskan reputasi mereka.

Apatah lagi jika terjebak dengan kes jenayah, dadah, buli, memandu dalam keadaan mabuk dan bercerai yang mendorong rumah produksi, stesen TV dan radio serta pengiklan menjauhkan diri meski selebriti itu belum terbukti bersalah.

Berikut senarai selebriti Korea Selatan yang terpalit skandal sehingga hilang tawaran kerja.

Seungri

SATU-SATUNYA anggota Big Bang yang masih aktif selama beberapa tahun selepas kumpulan itu hiatus ialah Seungri.

Pemilik nama sebenar Lee Seung-hyun, 34, itu fokus bergerak secara solo termasuk muncul dalam rancangan aneka ragam dan menghadiri lawatan antarabangsa.

Bagaimanapun, pada 2019, dia terlibat skandal seks, dadah dan rasuah terbesar dalam sejarah dunia K-Pop.

Sejak itu, dia tidak menerima sebarang tawaran pekerjaan dan mengambil keputusan bersara daripada industri hiburan.

Seo Ye-ji

REPUTASI pelakon Seo Ye-ji tercemar gara-gara terlibat dalam pelbagai skandal memalukan pada 2021.

Pelakon drama It’s Okay Not To Be Okay itu bukan sahaja dituduh membuli rakan sekolah bahkan mendera kakitangannya.

Selepas kejadian tersebut, wataknya dalam drama Island digantikan dengan aktres lain.

Dia juga kehilangan tawaran menjadi wajah jenama kesihatan dan kecantikan Inner Flora, Aer, Korea Luna dan jenama kaca mata hitam Rieti.

Ji Soo

KETIKA menjalani penggambaran drama River Where The Moon Rises, nama Ji Soo digugurkan daripada senarai pelakon karya itu.

Hal ini berlalu selepas seorang individu membuat pendedahan pemilik nama lengkap Kim Ji-soo, 31, itu terlibat dengan kes buli di sekolah serta gangguan seksual.

Berikutan itu, dia disaman syarikat produksi terbabit selain tempatnya digantikan oleh pelakon Na In-woo.

Tidak terhenti di situ, rumah produksi itu turut menuntut agensi Ji Soo membayar ganti rugi sebanyak 3 bilion won (RM10juta).

Song Joong-ki

SEJAK bercerai dengan aktres Song Hye-kyo, pelakon Song Joong-ki dikatakan kehilangan banyak tawaran kerja termasuk menjadi duta beberapa jenama ternama.

Biarpun jadual kariernya padat, tawaran yang diterimanya semakin berkurang berikutan pengumuman perceraian pada 2019.

Bagaimanapun, kerjaya Hye-kyo tidak terkesan sebaliknya rancak menerima pelbagai tawaran.

Lebih parah, orang industri memaklumkan pelakon yang terjebak dengan kontroversi perceraian ketika menjalani penggambaran mungkin perlu membayar tiga kali ganda yuran kontrak sebagai penalti. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok