Kontroversi tangkap khalwat Aliff, Ruhainies paling panas!

Dalam pada seronok menyambut kedatangan bulan mulia Ramadan, suhu industri hiburan tanah air terus ‘menggelegak’ dengan pelbagai kisah panas sepanjang minggu ini.

Paling mencuri perhatian ramai kisah bintang utama drama Terjerat, Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap berkhalwat di sebuah kondominiun mewah yang disusuli keputusan tekad Bella Astilah memfailkan permohonan cerai selepas beberapa kali dicurangi Aliff. Jom kita lihat senarai 5 berita terhangat HibGlam minggu ini.

  1. Bercerai Jalan Terbaik buat saya, Aliff – Bella Astillah 

Selepas berkali-kali dicurangi, pelakon dan penyanyi Bella Astillah, 29, memfailkan permohonan perceraian terhadap  suaminya, Aliff Aziz, 33, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada 11 Mac lalu.

Sebutan kali pertama berlangsung pada Rabu lalu apabila Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 12.40 tengah hari dengan  ditemani ahli keluarga.

Aliff bagaimanapun tidak hadir kerana terikatat dengan penggambaran dan prosiding diteruskan pada bulan depan. Berita penuh klik link: https://hibglam.com.my/hiburan/2024/03/bercerai-jalan-terbaik-untuk-saya-aliff-bella-astillah/

2. Sayang persabatan, Ruhainies harap Bella, Aliff tak berpisah 

“Saya berharap dia (Bella) dan Aliff tidak akan berpisah.”

Demikian kenyataan pelakon Ruhainies yang berharap sahabat baiknya, Bella Astillah tidak meneruskan hasrat untuk berpisah dengan suami, Aliff Aziz berikutan kes dicekup berkhalwat dengannya baru-baru ini. Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, memohon maaf atas kekhilafan selain mahu berbincang dengan Bella demi menjaga hubungan baik mereka.

Berita penuh klik link: https://hibglam.com.my/hiburan/2024/03/sayang-persahabatan-ruhainies-harap-bella-aliff-tak-berpisah/

3. Saya tolong bawa barang ‘shooting’ naik ke rumah -Aliff Aziz

“Semasa sampai di kondominium, saya bantu bawa barang ‘shooting’ milik Ruhainies ke atas sementara tunggu kakaknya yang masih dalam perjalanan, cara betul adalah kita sepatutnya tunggu di lobi.”

Demikian kata pelakon dan penyanyi Aliff Aziz yang mengakui khilafnya masuk ke dalam rumah Ruhainies bagi menunggu ketibaan adik-beradik aktres tersebut untuk makan malam bersama sehingga mereka dicekup berkhalwat. Berita penuh klik link: https://hibglam.com.my/hiburan/2024/03/saya-tolong-bawa-barang-shooting-naik-ke-rumah-aliff-aziz/

 4. Ezlynn bahagia bermadu dengan doktor muda 

HASRAT penyanyi Ezlynn untuk hidup bermadu menjadi kenyataan apabila suaminya, Wan Mohd Hafizam menikahi seorang doktor muda pada Mac tahun lalu. Menjalani kehidupan berpoligami yang bahagia, pemilik nama sebenar Azline Ariffin, 42, itu berkata, madunya berusia 26 tahun merupakan pilihan hati suaminya sendiri.

Ezlynn turut memaklumkan bakal berpindah ke Changlung, Kedah agar lebih dekat dengan madunya. Berita penuh klik link: https://hibglam.com.my/hiburan/2024/03/ezlynn-bahagia-bermadu-dengan-doktor-muda/

5. A. Aida ‘buang’ Ruhainies, ganti dengan Bella untuk 3 drama

ENGGAN berkompromi selain mahu memberi pengajaran terhadap pelakon bermasalah, penerbit terkenal Datuk A. Aida menyenaraihitamkan Ruhainies daripada membintangi drama terbitan rumah produksinya susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan penyanyi Aliff Aziz.

A. Aida turut memaklumkan isteri Aliff iaitu Bella Astillah akan menggantikan posisi Ruhainies sebagai bintang utama bagi tiga drama. Berita penuh klik link: https://hibglam.com.my/hiburan/2024/03/a-aida-buang-ruhainies-ganti-dengan-bella-untuk-3-drama/

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok