Sukar dapat tanda tangan Taehyung

SEORANG anggota tentera yang berkhidmat di kem sama dengan ahli kumpulan BTS, Taehyung mendedahkan ada syarat perlu dipatuhi jika ingin mendapatkan tandatangan penyanyi terbabit.

Anggota berkenaan memberitahu, idola berusia 29 tahun itu hanya akan memberikan tandatangan jika dapat menjawab beberapa soalan bagi menguji pengetahuan mereka tentang kumpulan BTS.

“Taehyung tidak kisah jika ada yang ingin meminta tandatangannya tetapi dia mejadikan perkara itu sebagai satu permainan.

“Bagi membuktikan mereka meminatinya, mereka perlu menjawab soalan berkaitan BTS,” katanya.

Sekiranya mereka tidak dapat menjawab soalan diberikan, mereka akan diminta kembali semula dengan jawapan yang tepat.

Penyanyi tampan itu menggunakan cara demikian atas dasar ingin mengeratkan lagi hubungannya dengan rakan-rakan askar lain agar tiada rasa kekok antara mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok