Wonbin kuat kerana kawan

BEBERAPA kali berdepan fasa sukar ketika menjadi idola pelatih sehingga hampir depresi, anggota kumpulan Riize, Wonbin menzahirkan rasa syukur dikelilingi rakan yang sentiasa menyokong dan memberikan kata-kata semangat.

Ujar jejaka tampan berusia 23 tahun itu, bukan mudah menjalani latihan sebagai idola sebelum debut yang menuntut kekuatan emosi dan fizikal dengan jadual aktiviti yang padat.

“Orang lihat ketika berjaya sahaja, tetapi setiap latihan untuk menjadi idola itu sangat melelahkan. Saya perlu mahir dalam semua pekara termasuk menyanyi, menari dan berkomunikasi.

“Ada ketika saya putus asa kerana terlalu tertekan, mujur ada kawan-kawan yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan menceriakan hari saya. Kerana mereka saya bangkit semula dan jadi lebih kuat.

“Kalau tiada kawan seperti mereka, saya tidak tahu apa yang akan jadi kepada saya. Mungkin belum bergelar idola,” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok