“Lagu-lagu cinta berilah kepada penyanyi muda.”
Demikian komen penyanyi Yantzen, 64, yang mengakui kini lebih selesa mendendangkan lagu-lagu ketuhanan dan kemanusiaan berbanding cinta.
Pemilik nama penuh Yantzen Juniwan itu juga menyifatkan zamannya untuk mendendangkan lagu berkonsepkan cinta sudah berlalu.
Kini fokus saya lebih kepada lagu kemanusiaan dan ketuhanan. Apabila dapat lirik mengenai cinta, memang saya tolak,” katanya kepada HibGlam selepas sidang akhbar Konsert Semangat Zaman, di sini hari ini.
Tambahnya yang popular menerusi lagu Hakikat Sebuah Cinta, peluang tersebut seharusnya diberikan kepada penyanyi generasi muda yang lebih sesuai menyampaikan mesej sebegitu.
“Lagu tersebut pun tidak sesuai lagi dengan usia saya.
“Jadi, tiada lagi lagu putus cinta dan bagi saya zaman sebegitu sudah habis.
“Namun, kalau mesejnya seperti lagu Insan, saya okey. Apabila lihat liriknya, saya terus suka sebab mesej ketuhanannya kuat,” kata vokalis kumpulan Rusty Blade itu lagi.
Selain Yantzen, antara penyanyi rock lain yang terlibat dalam Konsert Semangat Zaman ialah Datuk Nash, Aris Ariwatan, Jatt Ali dan Bandi Amuk.
Konsert tersebut bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 September depan. – HIB GLAM
View this post on Instagram