808
MESKI lebih sedekad mendirikan rumah tangga, pelakon Han Hye-jin buat pertama kalinya berkongsi foto perkahwinannya bersama suami, Hong Jang-hyun untuk tatapan umum.
Aktres itu memuat foto romantis mereka dalam Instagram sempena sambutan ulang tahun ke-10 perkahwinan mereka baru-baru ini.
Hye-jin dan suaminya kelihatan sungguh sepadan dalam busana pengantin.
“Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10. Saya bersyukur dikurniakan suami yang penyayang.
“Foto perkahwinan ini diambil Hong Jang-hyun sendiri 10 tahun lalu,” tulisnya yang berkahwin dengan jurugambar fesyen tersohor.