‘Kemenangan Tyzo tak beri impak, jumlah pendengar menurun’

TANDA tanya punca penamatan kontrak Tyzo sebagai penyampai radio Suria FM terjawab apabila kemenangannnya sebagai Penyampai Radio Popular ABP35 dikatakan tidak memberi impak selain faktor pendengar segmen kendaliannya, Suria Petang menurun. 

Perkara itu dijelaskan Pengerusi Star Media Radio Group, Datuk Muhammad Aminuddin Mohd. Rauf kepada media dalam sidang media yang berlangsung tadi. 

Menurutnya, keputusan tersebut juga diambil selepas membuat pertimbangan berdasarkan keuntungan syarikat dan jumlah pendengar.

Kontrak Tyzo tidak akan dipanjangkan selepas 9 Mac depan setelah melihat dia tidak lagi berminat untuk terus berkhidmat dengan Suria FM. Kontraknya tidak akan disambung.

“Gaji dia akan terus dibayar sehingga 9 Mac depan iaitu tarikh terakhir kontraknya sebagai penyampai Suria FM,” katanya.

Tambah Muhammad Aminuddin, kemenangan Tyzo pada ABP35 tidak memberi sebarang impak terhadap jumlah pendengar segmen Suria Petang yang dikendalikan bersama Sharifah Shahirah.

Kesan kemenangan Tyzo pada ABP35 memang tiada bahkan jumlah pendengar semakin menurun dan itu kenyataannya.

“Bagi saya, sesuatu perlu dilakukan demi pembaharuan Suria FM dan penamatan kontrak Tyzo adalah salah satu caranya,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai kontrak Tyzo, Muhammad Aminuddin berkata, Suria FM sebelum ini menawarkan tempoh selama setahun namun Tyzo meminta memendekkan kontrak kepada enam bulan sahaja.

Kontrak Tyzo tamat pada 9 Oktober 2023 dan dua bulan sebelum itu (Ogos 2023), saya berjumpa Tyzo untuk lanjutkan kontrak dia selama setahun.

Tyzo bersetuju tapi hanya mahu lanjutkan selama enam bulan sahaja dengan alasan dia ada plan lain, nak fokus dengan perniagaan yang diusahakanya,” katanya lagi,

Dalam masa sama, dia turut meminta mana-mana pihak untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan negatif dan berbaur fitnah yang boleh merosakkan reputasi Suria FM.

“Saya harap isu ini dinoktahkan dan tidak akan dibangkitkan lagi.

Jika ada mana-mana pihak yang terus buat kenyataan berbaur fitnah terhadap Suria FM, kami berhak dan tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang,” tegasnya.

Hari ini, Suria FM turut mengumumkan  tiga penyampai baharu iaitu Datuk Fizz Fairuz yang bakal menyertai segmen Morning Morning Suria, Chiwan Chilok (Suria Petang) dan Kai Hasan (Morning Morning Suria serta Carta Suria Top 40).

Terdahulu, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai segmen Suria Petang, berakhir atas alasan strategi untuk tahun 2024.

Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain menerusi hantarannya dalam Facebook meluahkan tidak rela disingkirkan daripada stesen radio berkenaan.

Dia itu turut menyifatkan penyingkirannya sebagai harga yang terpaksa dibayar selepas meraih anugerah Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular tahun lalu.

Susulan itu, ramai pendengar setia menzahirkan rasa tidak puas hati sehingga ada yang mahu memboikot Suria FM – HIBGLAM 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok