Peminat boikot Min-young

AKTRES  sensasi, Park Min-young dituduh menipu berhubung skandal pengubahan wang haram melibatkan bekas teman lelakinya iaitu Kang Jong-hyun.

Nama aktres itu kembali meledak apabila didakwa menerima wang berjumlah RM885,000 daripada Jong-hyun yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Wanita berusia 37 tahun itu bagaimanapun menafikan ada menerima wang tersebut malah memaklumkan bahawa hubungan mereka sudah putus sebelum isu berkenaan terbongkar.

Pendedahan terbaharu itu membuatkan peminat meluahkan rasa kecewa dan sepakat memboikot drama terbaharu lakonannya, Marry My Husband yang kini sedang fenomena.

Tengok muka pun dah naik benci, saya akan boikot drama lakonan Min-young, jijik,” demikian komen netizen itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok