Anak Zamarul Hisham warisi bakat seni

NAMA Zamarul Hisham tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum, sudah cukup gah dan dikenali ramai.

Kini, giliran anak lelakinya, Kash Haiqal pula harus diberi perhatian ramai apabila sudah mula berjinak-jinak dengan lakonan.

“Jika sudah tertulis kau mengikuti jejakku, jadilah pelakon yang berkaliber dan berjaya di dunia serta akhirat.

“Sayang awak, Kash Haiqal,” kata Zamarul dalam sebuah video TikTok.

Hantaran yang mendapat lebih 500,000 tontonan itu turut meraih ratusan doa daripada orang ramai agar Kash menjadi pelakon hebat setanding bapanya satu hari nanti.

Dalam video tersebut turut memaparkan babak lakonan Kash dengan Fezrul Khan bagi sebuah drama terbitan Zeel Production.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok