Sumbangan akhir tahun DinDin

SEBELUM 2023 melabuhkan tirai, penyanyi DinDin sempat menyumbang sebanyak 10 juta won (RM35,000) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Korea.

Sumbangan dibuat kepada sebagai penghargaan kepada peminat yang menyokong kariernya sepanjang tahun ini.

Saya berharap sumbangan ini dapat membantu orang ramai dan juga sebagai tanda kasih sayang yang diterima sepanjang tahun 2023.

“Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat tinggal 2023 dan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada semua orang,” katanya menerusi pihak agensi, Superbell.

Sebelum ini, penyanyi rap itu sememangnya antara selebriti yang aktif dalam kerja amal terutama menyalurkan dana kepada pertubuhan memerlukan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok