Disangka hamil, Shila Amzah minta jangan tegur fizikal wanita

DISANGKA berbadan dua berikutan perubahan fizikal, penyanyi Shila Amzah menegur segelintir individu agar menjaga lisan dalam menzahirkan kata-kata terhadap sesuatu perkara.

Pemilik nama lengkap Nurshahila Amir Amzah, 33, itu berkata hal membabitkan zuriat serta bentuk badan wanita adalah hal sensitif yang patut dielakkan sebagai tanda menghormati kaum hawa.

Kadang-kadang mungkin kerana gemuk jadi saya rasa cukuplah bercakap tentang badan wanita.
Tolong ada rasa hormat dan jaga batas masing-masing.

“Dalam zaman ini kita tak perlu bercakap tentang tubuh wanita, bukan marah cuma saya menegur sahaja,” katanya dalam sesi secara langsung di platform TikTok.

Menurut penyanyi Jauh Hati itu, masyarakat seharusnya cakna dengan perkara membabitkan anak memandangkan ramai pasangan masih menunggu dikurniakan zuriat.

Malah akui isteri kepada pempengaruh media sosial, Ubai itu berkata, seperti pasangan lain dia dan suami turut menaruh harapan untuk menimang cahaya mata.

Ramai di luar sana yang sedang cuba untuk hamil, jadi kita perlu lebih sensitif tentang perkara ini. Kita tak mahu menjadi orang yang jahil.

“Apabila seseorang itu buat keputusan berkahwin, mestilah mahukan zuriat, lebih elok kita doakan yang baik-baik,” ujarnya lagi.

Shila dan Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos lalu.

Daripada perkahwinan terdahulu, penyanyi itu dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok