NAMA bekas anggota T-ara, Ahreum memanas dalam media dengan dua berita mengejutkan, satu mengenai perceraian dan keduanya, kisah bahagia yang baru bermula apabila mengikat pertunangan dengan seorang jejaka.
Tidak mahu nama terus menimbulkan spekulasi, penyanyi itu meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk kehidupannya selain menegaskan setiap wanita berhak bahagia selepas menghadapi pelbagai episod derita
“Semua wanita berhak untuk disayangi lelaki yang sepatutnya, mujur ada oppa (tunang) datang bagaikan pelangi selepas saya dilanda badai.
“Janganlah kita menderita lagi, marilah kita saling menyayangi dan kekal kuat sehingga mati.
“Kepada peminat kami, doakan yang terbaik, jangan buat spekulasi bukan-bukan, cukuplah saya menderita sebelum ini, biarlah saya mengecap bahagia bersama lelaki pilihan saya,” ujar Ahreum tanpa mendedahkan identiti tunangnya menerusi hantaran dalam Instagram.
Awal bulan ini, Ahreum mengumumkan bahawa dia dalam proses perceraian, menamatkan perkahwinannya yang baru berusia empat tahun.