468
Penyanyi G-Dragon merancang menubuhkan sebuah yayasan bagi membantu memerangi penyalahgunaan dan ketagihan dadah di Korea Selatan.
Kata bintang tersohor itu, kontroversi yang melanda dirinya apabila dituduh mengambil bahan terlarang sebelum ini membuka matanya untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya dadah.
Apatah lagi ketika ini bilangan penagih dadah di negara itu semakin bertambah.
“Seperti yang anda semua tahu, saya melalui detik sukar tahun ini. Sebelum ini saya tak pernah berdepan situasi sebegini.
“Ada 20,000 penagih dadah di Korea dan kurang 500 daripadanya mendapat rawatan sewajarnya.
“Tindakan tegas perlu diambil terutama dalam kalangan golongan muda yang terdedah dengan penyalahgunaan dadah,” katanya. – HIBGLAM