651
SELEPAS empat tahun berumah tangga, bekas ahli kumpulan T-ara, Ahreum kini dalam proses menuntut perceraian.
Dalam masa sama, dia turut teruja berkongsi khabar gembira bakal berkahwin dengan jejaka pilihan.
Perkongsian yang dibuat dalam Instagram itu turut mendedahkan wajah bakal suaminya sambil memuji-muji keperibadian lelaki pilihannya itu.
Dalam masa sama, Ahreum mendakwa dirinya dihina suami sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berpisah.