[VIDEO] Ciuman, pelukan BCL, Reza Rahadian pula tular

SEAKAN tiada noktah, nama penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL sekali lagi menjadi sorotan ramai apabila tular video memaparkan aksi mesranya dengan aktor terkenal Indonesia, Reza Rahadian.

Menerusi video yang dimuat naik dalam TikTok itu, Reza dilihat mencium wajah BCL sejurus selepas penyanyi itu selamat bernikah dengan Tiko Aryawardhana pada Sabtu lalu.

Selain mencium pipi, dua sahabat baik itu turut saling berpelukan erat dalam suasana sebak.

Perkara tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen Indonesia dan juga Malaysia.

“Tangisan dua sahabat baik, sebak pula lihat hubungan baik mereka.

“Ramai harap BCL dan Reza nikah tetapi tiada jodoh,” komen netizen.

Sebelum ini, nama Reza antara yang pernah digosipkan dengan BCL selain penyanyi, Ariel Noah.

Pada Sabtu lalu, BCL selamat dinikahkan oleh bapanya, Muchlis dengan Tiko, 43, yang merupakan duda anak tiga.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia dan hanya dihadiri keluarga terdekat serta teman rapat.

Tiko sebelum ini dilaporkan berpisah dengan bekas isteri pada 2021 dan dilaporkan isu pembayaran nafkah sepanjang perkahwinan menjadi punca rumah tangga mereka berantakan.

Terdahulu, BCL bernikah dengan pengacara dan aktor dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.

Jodoh tidak panjang, Allahyarham Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung. – HIBGLAM

@ur.circles #bungacitralestari #rezarahadian ♬ original sound – Gallery-indah

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok