462
Bekas anggota kumpulan AOA, Chanmi akhirnya membongkar penderitaan dan rejim diet melampau yang perlu dihadapi kumpulan tersebut.
Chanmi berkata, ketika dia masih bersama kumpulan AOA, keadaannya boleh dikatakan sering kebuluran kerana hanya makan dalam kadar yang sedikit.
“Saya sangat kebuluran. Setiap hari saya memotong sebiji epal kepada empat bahagian dan hanya makan satu bahagian pada satu masa atau saya akan makan dua biji telur dan minum air berkarbonat,” katanya.
Disebabkan diet ketat yang dilalui, ibunya juga mengakui, tidak akan memasak ketika Chanmi berada di rumah. Si ibu bimbang anaknya terpaksa bekerja keras kembali menurunkan berat badan jika makan masakannya. – HIBGLAM