Netizen lucu! Hady Mirza ‘pakai’ baju Misha Omar

SETIAP minggu pasti ada sahaja cerita lucu berkaitan konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza yang dicetuskan netizen dalam media sosial.

Minggu lalu, Hady Mirza pula menjadi mangsa bahan gurauan ramai apabila baju dipakainya dikatakan mirip busana yang pernah digayakan penyanyi Misha Omar pada Anugerah Juara Lagu ke-33.

Baju Hady yang serba merah dengan kemasan juntaian benang di bahagian lengan dikatakan sama dengan fesyen ketika Misha mempertaruhkan lagu Sampai Bila.

Persamaan tersebut dicetuskan netizen dan rata-ratanya terhibur sehingga ada yang mula menyelongkar sama ada pereka fesyen kedua-dua busana adalah individu yang serupa atau tidak.

Hebat persembahan Hady walaupun baju sama dengan Misha pada AJL33.

“Hady pinjam baju Misha ke? Gaya persembahan pun lebih kurang sama, nasib baik nyanyi hebat malam ini (Ahad lalu),” komen netizen.

Netizen memang kreatif harap Hady janganlah kecil hati.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok